Muncul Dalam Satu Vdeo, Alvin Jelaskan Siapa Dia Sebenarnya Dan Kenapa Dia Lari Panjat Pagar SPRM

Berita pagi ini tentang penahanan semula saspek kes Mcau Scam yang meloloskan diri dengan memanjat pagar bangunan SPRM telah menarik perhatian umum.

Bagaimanapun terbaru tular video di media sosial berhubung penafian saspek.

Saspek yang melarikan diri dari Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Goh Leong Yeong, 32, atau dikenali sebagai Alvin menafikan pembabitannya dalam kegiatan Mcau Scam dan perjuudian dalam talian.

Video penafiannya berdurasi empat minit dan 40 saat dipercayai turut dimuat naik dalam Facebook oleh kenalan Alvin sejurus selepas ahli perniagaan itu diberkas PoIis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam video itu, Alvin mengakui tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri serta mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, namun tidak pernah membekalkan kepada sindiket Mcau Scam atau perjuudian atas talian.

Dia turut mendkwa hanya kira-kira RM1 juta wang milik syarikat dibekukan SPRM bagi membantu siasatan.

Selain itu, Alvin mendakwa sepanjang tempoh reman di bawah SPRM, dia memberi kerjasama yang baik ketika siasatan berlangsung.

” Bagaimanapun, ketika hari bebas reman (11 Oktober), saya mendapat tahu mereka yang turut ditahan sebelum ini akan ditangkap poIis di bawah Akta Pencegahan Jnayah 1959.

” Itu perkara yang amat serius, jadi saya bertindak ‘keluar’ dari bangunan SPRM melalui pintu belakang,” dakwanya.

Dalam pada itu, Alvin mendakwa, dia hanya menyedari dirinya diburu pihak berkuasa apabila gambar dan alamatnya didedahkan pada umum.

Ujarnya, perkara itu menyebabkan perniagaannya terganggu serta ramai pekerja berhenti susulan kes berkenaan.

” Saya hanya orang biasa yang tinggal di kondominium dibeli oleh ayah saya, mula melakukan pelbagai kerja termasuk pelayan hotel di Bukit Bintang.

” Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana percaya ada undang-undang yang akan membuktikan segala ‘tudvhan’ dilemparkan,” dakwanya.

Terdahulu Alvin yang berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar bangunan PDRM telah ditahan poIis, pada 1.20 pagi tadi, selepas lebih 2 minggu lolos sebaik dibebaskan SPRM pada 11 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed, saspek ditahan bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

” Saspek kini dibawa ke Ibu Pejabat PoIis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman.

” Saspek dikehendaki poIis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan juudi dalam talian,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Bersembunyi di Genting Highland

Difahamkan, Alvin ditahan di Genting Highland susulan operasi khas diadakan poIis yang memburu saspek.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi saspek terdiri daripada dalang utama serta dua anggota poIis dalam proses diserahkan kepada pihak poIis untuk siasatan berhubung kegiatan juudi dalam talian dan penipuan Mcau Scam.

Sumber:Utusan




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments