SERI KEMBANGAN – Seorang Instafamous ditahan kerana menjual minyak wangi tiruan pelbagai jenama antarabangsa dalam satu serbuan di Kondominium Zeva Residence Persiarana Pinggiran Putra, Taman Pinggiran Putra di sini hari ini.
Serbuan dilakukan sepasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kajang pada pukul 3 selepas menerima laporan daripda pemilik cap dagangan baru-baru ini.
Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, nilai rampasan barangan berjumlah RM150,000.
“Turut ditemui dalam serbuan slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan transaksi perbankan.
“Harga minimum bagi sebotol minyak wangi dijual ialah RM150 kepada pembeli dalam negara, Singapura serta Brunei,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan hari ini.
Jelasnya, wanita berusia 26 tahun terbabit merupakan seorang selebriti media sosial, dan modus operasi yang dilakukannya dengan megiklankan di Instagram dan Facebook peribadi miliknya serta memberitahu produk tersebut ialah tulen.
“Hasil daripada siasatan lanjutan mendapati, dia telah melakukan kegiatan tersebut hampir satu tahun dan dibantu oleh suaminya.
“Barangan sudah disitia dan kami akan melakukan siasatan dari mana suspek mendapatkan bekalan minyak wangi tersebut,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Zikril berkata, wanita itu kemudiannya dilepaskan dengan jaminan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
“Kes disiasat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan atau mendedahkan bagi jualan apa-apa barang yang suatu cap dagangan didaftarkan dipakaikan dengan salah,” katanya. – K! ONLINE
The post KPDNHEP serbu kondominium Instafamous dipercayai jual pewangi tiruan first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments