Terkini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi.
Berdasarkan satu sumber UMN0, bagaimanapun perjumpaan itu tidak dihadiri presiden UMN0, Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, pertemuan dengan ketua-ketua parti itu diadakan pada pukul 9.30 pagi sebelum mesyuarat khas kabinet yang dijadual 10.30 pagi hari ini.
” Kesemua ketua parti termasuk Sabah dan Sarawak hadir ke pertemuan pagi tadi.
” Cuma Presiden UMN0 Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, sumber itu tidak mengesahkan sekiranya UMN0 menghantar wakilnya untuk menghadiri pertemuan tersebut.
” Itu saya tidak pasti. Yang saya boleh sahkan Zahid tidak hadir.
” Yang kedua, pertemuan ini untuk presiden-presiden parti poIitik yang sokong PN,” tambahnya.
Zahid tak hadir sebab ubah fikiran saat akhir atas keputusan peribadi
Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu yang Zahid menukar keputusan untuk tidak hadir pada saat-saat akhir pada pagi ini.
” Sememangnya beliau dijadualkan hadir pada mesyuarat pada pagi ini, namun beliau menukar fikiran pada saat-saat akhir atas keputusan peribadi,” kata sumber tersebut.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di Bangunan Perdana Putra, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, pagi tadi.
Malam tadi, menteri kabinet mengadakan pertemuan tidak rasmi di rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara setelah Yang Di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan untuk mengisytiharkan darurat.
Sumber kerajaan mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa semua menteri hadir dalam pertemuan yang diadakan beberapa jam selepas Yang Di-Pertuan Agong secara rasmi menolak permintaan darurat oleh Muhyiddin yang dikemukakan pada Jumaat lalu.
Mesyuarat bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11 malam.
” Perbincangan itu adalah mengenai keputusan Yang Di-Pertuan Agong,” kata sumber kepada Malaysiakini.
Sumber itu menambah bahawa akan ada susulan dari pertemuan tidak rasmi malam ini dalam mesyuarat kabinet khas esok (26 Okt).
Seteru poIitik buat spekulasi Muhyiddin pertimbang undur diri sebagai PM
Seteru poIitik Muhyiddin sebelum ini membuat spekvlasi bahawa presiden Bersatu itu sedang mempertimbangkan untuk mengundurkan diri sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan Bersatu yang bercakap dengan Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan menafikan spekulasi berkenaan.
” Kabinet membuat cadangan untuk darurat tetapi telah ditolak jadi sekarang harus membincangkan strategi baru.
” Sidang parlimen juga semakin hampir,” kata sumber itu.
Sekiranya Agong memberi perkenan permintaan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat, parlimen dapat ditangguhkan dan Muhyiddin dapat mempertahankan kedudukan tanpa semak dan imbang, termasuk meluluskan belanjawan tahun depan tanpa melalui undian di Dewan Rakyat.
via 1 MIN READ
0 Comments