Muhyiddin Mohon Untuk Laksana Darurat Tapi Agong Titah Tak Perlu. Ini Reaksi Balas Muhyiddin

Jumaat lalu, rakyat dikejutkan dengan kenyataan kabinet bersetuju untuk melaksanakan “daru.rat” bagi menangani penularan Covid-19.

Ia diputuskan ketika mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemudian pada hari yang sama Muhyiddin tiba di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah bagi mendapatkan perkenan untuk melaksanakan daru.rat.

Manakala semalam, orang ramai teruja untuk mendengar keputusan Agong berkenaan permohonan pelaksanaan daru.rat sebaik Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bersidang di Istana Negara.

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di perkarangan Istana Negara turut mencetus pelbagai spekvlasi.

Lewat petang semalam, Agong melalui satu kenyataan telah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan daru.rat di Malaysia buat masa ini.

Al-Sultan Abdullah juga berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung C0vid-19.

Ini reaksi Muhyiddin

Hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata jemaah menteri mengambil maklum mengenai “pendapat” Yang Di-Pertuan Agong yang menyifatkan tiada keperluan mengisytiharkan daru.rat.

Muhyiddin juga berterima kasih atas nasihat baginda agar ahli politik berhenti mengganggu gugat kestabilan pentadbiran kerajaan.

” Jemaah menteri mengambil maklum kenyataan Istana Negara mengenai pendapat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan daru.rat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia.

Jemaah menteri akan bincang lebih lanjut

” Jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut akan titah Seri Paduka Baginda Tuanku.

” Keutamaan jemaah menteri dan kerajaan pada masa ini Ialah untuk melindungi rakyat daripada wabak C0vid-19,” katanya dalam kenyataa media malam ini.

” Saya menjunjung kasih di alas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat,” kata Muhyiddin lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus pertemuan tidak rasmi yang dihadiri beberapa menteri di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara malam ini.

Jumaat lalu, Muhyiddin mengusulkan kepada Agong untuk mengisytiharkan daru.rat.

Kerajaan menggambarkan langkah itu sebagai perlu untuk memerangi pandemik C0vid-19.

Namun, pengkritik mendakwa ia adalah usaha Muhyiddin mempertahankan kedudukannya di tengah spekulasi bahawa sekumpulan anggota parlimen Umno mungkin tidak lagi menyokongnya, yang boleh menyebabkannya kehilangan majoriti di parlimen.

Sekiranya Muhyiddin kehilangan majoriti, dia tidak akan dapat meluluskan Belanjawan 2021, yang juga merupakan pengakhiran buat kerajaan yang diterajuinya.

Selepas berbincang dengan raja-raja Melayu, Sultan Abdullah akhirnya memutuskan untuk tidak perkenan menerima permintaan Muhyiddin.

Sultan Abdullah juga mengingatkan agar pemimpin politik bersama dalam memerangi C0vid-19 dan tidak menggugat pentadbiran kerajaan.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments