Video kmIangan m4ut tular di media sosial sejak Sabtu, 10 Oktober minggu lalu membabitkan Perodua Myvi yang merempvh Honda Accord hangat diperkatakan ramai.
Susulan kejadian itu, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, disahkan m4ut di lokasi kejadian, sementara pemandu Myvi, Nur Fatin Nazrah Suhaimi pula hanya cedera.
Fatin, 23, dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan sudah tamat tempoh.
Malah saringan awal air kencing mendapati beliau posiitif ddah.
Pada Khamis lalu, Fatin telah dihadapkan ke Mhkamah Majistret dan akhirnya dijatuhkan hukuman pnjara enam tahun dan didnda RM8,000 oleh Mhkamah Majistret Johor Bahru.
Terdahulu, Nur Fatin yang dilihat lemah duduk di atas kerusi roda dibawa masuk ke mhkamah kira-kira 8.40 pagi dengan diiringi polis trafik pengiring.
Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Fatin mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan itu.
Majistret turut memerintahkan Nur Fatin dipnjara enam bulan lagi jika gagal membayar dnda berkenaan selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.
Suhaila turut memerintahkan Fatin membayar dnda berjumlah RM2,800 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan dan tiada insurans, selepas dia turut mengaku bersaIah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.
Dia turut diperintahkan menjalani pnjara tambahan masing-masing selama enam, empat dan tiga bulan lagi, sekiranya gagal membayar dnda berkenaan selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.
Pengguna jalan raya kongsi situasi ‘aneh’ di lokasi kejadian
Sementara itu, menerusi satu hantaran di ‘group’ Facebook, Pasal Johor, seorang individu berkongsi keadaan di lokasi kejadian, seminggu selepas kejadian tersebut.
Sewaktu kejadian, kereta Honda Accord mangsa yang m4ut berhenti dan berada di kedudukan paling hadapan di persimpangan isyarat menghala Plaza Pelangi itu.
Mungkin disebabkan kejadian itu, individu yang menggunakan ID bernama Sha Man itu berkata, segelintir pemandu memberhentikan kereta mereka sedikit ke belakang ketika di persimpangan isyarat tersebut.
Mungkin kerana ingatan masih terngiang-ngiang bagaimana mngsa dirempvh di lokasi tersebut dalam kjadian sebelum ini.
” Lokasi tempat berlakunya kmIangan m4ut minggu lepas. yg melibatkan Myvi dan Honda.
” Sejak kmIangan itu berlaku, terdapat kereta yg dah tak berani nak berhenti di depan. Kita sama sama sedekahkan Al Fatehah untuk arwh. ( Alfatehah..)
” Gambar dari whassap group.” tulisnya.
Sementara di ruangan komen pula, rata-rata warganet mengucapkan tkziah kepada keluarga arwh.
Orang ramai turut mensedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan r0h Allahyrham Mohd Rizal Buseri ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
via 1 MIN READ
0 Comments