Bukan seorang dua, tapi pernah berlaku cur4ng dengan 300 orang lelaki.
Disebabkan kesunyian kerana suaminya terlalu sibuk dengan kerja, seorang wanita dari wilayah Jiangsu dekat sini, mengambil kesempatan untuk bermain ‘kayu tiga ‘ dengan 300 lelaki.
Portal Kompas memetik laporan eva.vn, wanita dikenali sebagai Zhaang itu sudah mempunyai dua anak.
Namun, kemurungan dihadapi menyebabkannya mencari jalan untuk mengisi kesunyian dengan mencari kekasih gelap di media sosial.
Dia dikatakan mula menduakan suaminya itu sejak 2017 selepas membuka akaun palsu di media sosial dengan nama Zh0u Mo dan meletakkan statusnya sebagai ibu tunggal bagi menarik perhatian lelaki.
Karakter Zhaang yang pandai mengg0da memudahkannya mendapat teman lelaki walaupun tidak memuat naik wajah sebenar.
Malah, wanita itu pernah bercinta lebih daripada seorang lelaki dalam satu masa.
Bagaimanapun, Zhaang akhirnya mengambil kesempatan untuk meniipu lelaki dikenalinya dengan meminjam wang daripada mereka.
Demi mendapatkan apa yang diinginkan, Zhaang sanggup mereka-reka cerita untuk meraih simpati dengan memberi alasan dia memerlukan wang untuk membayar sewa rumah, kos rawatan perubatan dan mengurus anaknya.
Taktik itu berhasil dan membolehkannya meraih wang 400,000 yuan (kira-kira RM249,000) daripada kesemua teman lelakinya.
Akhirnya terbongkar selepas seorang dari teman lelakinya…
Namun, peniipuan Zhaang terbongkar pada Ogos tahun lalu selepas seorang daripada teman lelakinya melakukan pemeriksaan latar belakang seterusnya membuat laporan selepas mendapati tertiipu.
Sebulan kemudian, Zhaang ditangkap dan mengaku sudah menghabiskan sebahagian besar wang diperoleh untuk bermain judi dalam talian.
Sepanjang tempoh dua tahun, suami dan anak Zhaang tidak tahu apa yang dilakukan wanita itu.
Disebabkan itu, suaminya terkejut tetapi gembira apabila peniipuan isterinya terbongkar dengan menggunakan status ibu tunggal di laman sosial untuk meniipu orang lain.
Zhaang akhirnya dihadapkan ke mhkamah pada Ogos lalu dan dijatuhkan hkuman pnjara selama lapan tahun lima bulan dan denda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000).
Reaksi warganet
Sementara itu artikel ini telah mendapat 4.1 ribu likes dan lebih 1.3 ribu komen.
Namun apa yang menarik adalah rata-rata yang meninggalkan komen adalah dari kaum lelaki.
Seakan sudah dijangka, isu sebegini pasti akan menimbulkan perdebatan di kalangan warganet antara lelaki dan wanita.
Kaum lelaki pastinya akan menyalahkan seratus peratus kepada si isteri, sementara kaum wanita pula pasti akan berkata semua itu berpunca dari sikap si suami.
” Sibuk macam mana sekali pom, sebagai husband jangan lupa nafkah batiin pada wife, haaa gitu penting sekali pehatian dan kasih sayang, ini tak, busy sampai abaikan, gini la jadinya,” komen Lieza.
via 1 MIN READ
0 Comments