Aktivis pro DAP halang tugas polis akan didakwa esok

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya esok untuk didakwa atas kesalahan mengganggu anggota polis menjalankan tugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata lelaki berkenaan dijangka didakwa jam 10 pagi esok susulan tindakannya yang menghalang tugas dan siasatan polis dan terhadap Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY).

Beliau berkata, pendakwaan dijangka dilakukan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan kes sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara hari ini dan pertuduhan dibuat esok kerana mengingkari suatu perintah yang diisytihar oleh seorang penjawat awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Sebelum ini, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Presiden UMANY, Yap Wen Qing, mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut dilaporkan seorang aktivis pelajar, Wong Yan Ke, ditahan ketika membuat siaran secara langsung ketika polis menyerbu kediaman Wen Qing di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Penahanan dibuat kerana lelaki berkenaan mengganggu dan menghalang tugas polis ketika membuat serbuan.

Isu itu kemudian ditularkan pihak tertentu di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

The post Aktivis pro DAP halang tugas polis akan didakwa esok first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments