Aku Cabar Kau Datang Jumpa Aku Depan-Depan. Aku Takkan Buang Masa Nak MaIukan Kau – Awal Ashaari

” Setiap kali nak berjumpa dan bermesyuarat, dia akan batalkan pada saat akhir sehinggalah terus hilang tanpa khabar berita.”

Itu kata-kata pengacara dan pelakon popular, Awal Ashaari yang mencabar syarikat kontraktor pengubahsuaian rumah supaya datang bersemuka dengannya.

Tindakan Awal itu susulan kontraktor terbabit mendakwa dia memftnah dan membruk-brukkan nama syarikat itu di Instagram Storynya.

Menurut Awal yang juga pengacara Melodi, dia mempunyai segala bukti membabitkan sebut harga, maklumat pembayaran, kiriman e-mel dan perbualan WhatsApp dengan kontraktor syarikat itu berhubung kerja-kerja mereka yang tidak memuaskan hatinya.

” Saya menerusi peguam Azlan Razak & Associates sudah menghubungi pihak terbabit sejak September dan Oktober lalu untuk berbincang perkara ini.

” Sekarang saya pula yang dikatakan memftnah syarikat dia. Saya ada banyak lagi perkara lain nak dibuat daripada nak menjatuhkan perniagaan tak profesional dia.

” Saya ada segala bukti yang memang dia buat kerja tangkap muat.

” Dia sudah ambil duit tapi buat kerja ala kadar dan sekarang nak berlagak menjadi mngsa pula. Memang silap orang.

” Saya cabar dia untuk keluarkan lukisan pelan dan rekaan akhir yang dipersetujui kalau ada. ‘Construction’ pun tidak ada pelan, apa cerita?

” Apa yang dia tahu datang ke lokasi, ambil gambar dan video saya kemudian sibuk nak muat naik di Instagram dan beritahu pengikutnya saya melantik dia,” katanya.

Tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang

Menurut Awal, dia sudah membayar wang pendahuluan RM100,000 daripada harga yang dikenakan iaitu RM220,000. Dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih tidak ada kerjasama daripada pihak berkenaan.

” Saya nak tuntut semula wang saya. Apabila dia tidak buat kerja, saya terpaksa melantik kontraktor lain untuk buat semula.

” Saya pula yang kena tanggung kerugian berganda. Disebabkan itu saya nak tuntut semula wang saya.

” Saya tak teragak-agak untuk bawa kes ini ke mahkamah sekiranya mereka tidak memberikan kerjasama sewajarnya selepas cubaan untuk berbincang beberapa kali gagal.

” Saya juga akan menuntut ganti rugi yang setimpal dengan segala kerosakan yang mereka sudah buat menyebabkan saya perlu mengeluarkan wang lebih banyak untuk membaiki kerosakan itu.

” Kalau nak tahu, saya banyak saja mempromosikan syarikat tempatan, kontraktor atau pereka hiasan dalaman yang buat kerja dengan ikhlas, bertanggungjawab dan ada integriti.

” Tidak perlu nak putar belit cakap saya pula yang memftnah,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal, pihak terbabit melantik firma komunikasi dan perhubungan awam bagi menguruskan isu itu.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments