PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal menggesa bank melaksanakan penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada kumpulan berpendapatan 40% terbawah (B40).
Beliau berkata, gesaan untuk bank menghapuskan bayaran faedah dan hutang bukan perkara baru kerana cadangan sama turut dibangkitkan di negara lain.
Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi yang memiliki saham di bank mempunyai kewajipan sosial terhadap rakyat dan mereka perlu membuat pengorbanan.
“Kita berada dalam waktu susah dan bank menjana keuntungan besar selama beberapa tahun, jadi penghapusan hutang paling sesuai.
“Tetapi, kita memahami bukan semua orang memerlukan penghapusan hutang, jadi ia harus dilakukan secara bersasar dan berperingkat.”
Penghapusan cukai berlaku apabila bank atau organisasi besar membatalkan hutang serta melupuskannya daripada rekod awam.
Jika ini tidak dapat dilakukan, beliau berkata, bank sekurang-kurangnya perlu berhenti mengutip bayaran faedah untuk pinjaman atau sekurang-kurangnya melanjutkan moratorium pinjaman tanpa faedah.
“Ini bukannya tidak munasabah dan saya rasa ia masih adil kepada bank serta tidak akan memberi kejutan kepada sistem.
Timbalan menteri belia dan sukan itu berkata, moratorium pinjaman patut dilaksanakan tanpa had masa untuk mereka yang masih menganggur.
“Bank boleh mengutip bayaran semula selepas peminjam mendapat pekerjaan,” katanya kepada FMT sambil menambah itu antara cadangan sayap itu untuk Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan esok.
Wan Fayshal berkata, terdapat keperluan untuk meringankan penderitaan belia, khasnya mereka yang hilang pekerjaan.
“Kami (Pemuda PPBM) percaya ekonomi negara perlu dpacu ekonomi ‘sebenar’ yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan, bukannya ekonomi kewangan yang menyebabkan inflasi.
“Ekonomi ‘sebenar’ untuk rakyat di luar sana, bukannya pemegang saham.”
The post Ketua Pemuda PPBM gesa bank hapus hutang B40 first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments