Bayi baru lahir dibakar hidup-hidup, dipercayai hasil hubungan luar nikah

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dipercayai telah dibakar di Desa Sebanen, Kalisat, Jember, Jawa Timur pada Rabu lalu, lapor TribunKaltim.

Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis menunjukkan bahawa bayi yang baru sehari dilahirkan itu telah dibakar hidup-hidup.

Mereka juga mengesyaki bahawa bayi itu adalah hasil daripada hubungan haram dan pelaku sengaja membuang serta membakar bayi itu untuk ‘menghapuskan bukti’.

Memetik Surya.co.id, para penyiasat menemui tumpahan minyak tanah di lokasi itu dengan sisa kayu bakar masih berbau minyak tersebut.

Turut ditemui di tempat kejadian adalah sepasang selipar yang diselaputi lumpur, dianggarkan saiz sederhana milik wanita.

Berdasarkan pengamatan di tempat kejadian, pelaku disyaki menghimpunkan kayu yang dicari di sekitar lokasi tersebut sebelum bayi itu dibakar.

Pihak polis juga mengesyaki bahawa bayi itu dibakar pada waktu malam kerana keadaan lokasi tersebut pada waktu itu agak sunyi dan jauh dari kawasan perumahan.

Ketua Polis, AKP Sukari, mengatakan bahawa pihaknya bekerjasama dengan bidan di Desa Sebanen, Kabupaten Kalisat dan sekitarnya bagi menyiasat siapakah suspek yang membakar bayi tersebut.

Dia meminta bidan untuk mencatat siapa wanita hamil di kampung itu dan kampung-kampung berdekatan.

The post Bayi baru lahir dibakar hidup-hidup, dipercayai hasil hubungan luar nikah first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments