PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lagi individu termasuk seorang pegawai imigresen bagi membantu siasatan berhubung sindiket urusan khidmat cop sempadan.
Kesemua individu berusia antara 28 hingga 52 ditahan SPRM lewat petang semalam.
Antara yang ditahan termasuk tiga ejen pekerja asing.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata pihaknya tidak menolak lebih ramai yang akan ditangkap.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sindiket itu dipercayai membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.
Setakat ini, seramai 50 individu ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.
Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam operasi berkenaan.
The post Cop palsu: 4 lagi pegawai imigresen ditahan, beberapa kereta mewah termasuk Mustang dirampas first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments