Cik B Beritahu Tiada Masalah Setakat Nak Jumpa. Tapi Tidak Akan Bermalam Dengan Bapanya, Ini Sebabnya

” Saya tak ada masalah nak jumpa abah, tapi untuk bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah tu, mungkin tidak kot.

Itu antara luahan anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida (DSV), Cik B yang mengakui tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin.

Bagaimanapun Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 15, berkata, dia cuma berharap bapanya yang dipanggil ‘abah’ itu benar-benar sudah berubah.

” Sebab saya akan rasa awkward kalau bermalam dengan abah, sebab tak biasa kan…Insya-Allah, kalau abah nak berjumpa saya okay sahaja.

” Cuma satu, saya harap sangat abah benar-benar sudah berubah dan kalau dia dah berubah, buktikanlah kepada saya dahulu.

Jumpa tapi suruh minta duit dengan mama

” Tak mahulah macam dulu, jumpa saya tapi lepas tu suruh minta duit kat mama,” katanya.

Tambah Cik B lagi, dia hanya mengetahui mengenai tuntutan dibuat bapanya selepas diberitahu oleh salah seorang kakitangan DSV.

” Memang staff mama yang beritahu dan reaksi saya masa tu macam blur dan tanya kat mama. Mama pula memang sangat tenang mengenai berita tersebut.

” Bila tengok mama tenang, saya pun tak tertekan. Asalkan mama happy, saya dan Kacak pun happy.

” Saya tengok mama tak fikir sangat tentang benda tu, lagi pun dia sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir benda-benda lain,” kata Cik B positif.

Mengulas mengenai kec4man netizen terhadap bapanya, Cik B berkata dia tidak mrah kerana tidak membaca komen negatif.

” Saya tak mrah sebab saya tak baca komen negatif, saya just let it be.

” Cuma mungkin saya rasa marah pada diri sendiri sebab pernah tulis dekat Twitter tentang masalah keluarga yang sepatutnya menjadi privasi.

” Disebabkan itu ramai yang mengungkit dan korek balik kisah lalu. Saya tak ada rasa apa-apa pun, tapi netizen yang tertekan.

” Mereka ambil berat tentang saya, tak apalah…Saya okay tak ada tr4uma, cuma mungkin kesan tersebut lebih kepada diri mama.

” Mama yang lalui kisah perit dalam hidupnya dulu,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam perkembangan lain, Cik B baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie Puteri Felora yang bakal ditayangkan di Astro Ceria pada Januari 2021.

Pada Selasa lalu, Mohd Amin yang diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments