Semalam, dkwaan bekas suami jutawan kosmetik terkenal yang tampil mengatakan dihalang dari berjumpa anak-anak telah mengejutkan ramai pihak.
Mohd Amin Yasin, 42, yang merupakan bekas suami kepada Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) telah membuat tuntutan hadhanah di Mhkamah Syariah Kota Bharu.
Menurut Mohd Amin, beliau memfailkan tuntutan bagi hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen (Cik B), 15 dan Eriq Zaquan (Kacak), 13.
Selain itu, Mohd Amin mendakwa dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah DSV di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.
Ini respon DS Vida
” Terkejut” – demikian luahan usahawan kosmetik Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) apabila ditanya berhubung tuntutan hadhanah bersama anak-anak oleh bekas suami semalam.
Enggan mengulas secara terperinci, Hasmiza sebaliknya menyatakan kekesalannya terhadap Mohd Amin Yasin yang sepatutnya boleh menyelesaikan perkara itu dengan menghubunginya terlebih dulu sebelum membawa isu tersebut ke mhkamah.
” Saya sangat terkejut sebaik dimaklumkan mengenai berita tersebut hari ni. Dia (bekas suami) tak perlu bawa isu ni naik mhkamah.
” Apa-apa, boleh saja hubungi kami,” katanya kepada Malaysiakini.
Mohd Amin, 42, yang juga seorang peniaga diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak di Mhkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.
Pada prosiding berkenaan, Hakim Mhkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty, menetapkan 25 Nov ini untuk sebutan semula kes terbabit.
Mhkamah tidak membuat sebarang keputusan semalam sehingga mendengar dan prosiding dihadiri kedua-dua belah pihak.
Mohd Amin berkahwin dengan Hasmiza pada tahun 2000 dan bercrai pada 2008. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat orang anak.
Namun, anak pertama dan kedua meninggI dnia dalam kejadian kebkaran rumah pada 3 Ogos 2013.
Mohd Amin mendakwa, kali terakhir dia bertemu dengan dua anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 15 dan Eriq Zaquan, 13, ialah pada 2018.
Dia juga mendakwa, cubaan untuk menghubungi kedua-dua orang anaknya itu seolah-olah dihalang seseorang apabila individu terbabit memberikan pelbagai alasan hingga membuatnya berkecil hati.
Ditanya berkenaan dakwaan tersebut, Hasmiza berkata, dia lebih rela mengunci mulut daripada mendedahkan perkara yang sebenar.
” Saya tak mahu komen, takut timbul isu lain pula. Lebih baik diam. Tapi, Malaysia will know, sooner or later (Malaysia akan tahu juga, lambat-laun),” kata DS Vida.
via 1 MIN READ
0 Comments