Kini Meniaga Gerai Makan, Ini Nasib Menimpa Bekas Suami DS Vida Selepas 12 Tahun Mereka Bercrai

” Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan.”

Itu kata-kata bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali Datuk Seri Vida yang membuat tuntutan hadhanah di Mhkamah Syariah Kota Bharu, di sini, hari ini.

Mohd Amin Yasin, 42, diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anaknya Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida,49, tidak hadir dalam prosiding hari ini.

Hakim Mhkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam prosiding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.

Abu Bakar memaklumkan, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak.

Beliau juga mengarahkan kedua-dua anak plaintif dan defendan turut hadir dalam prosiding berkenaan.

Mohd Amin ketika ditemui mendakwa, kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja.

Beliau mengakui amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

” Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

” Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab.

” Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mhkamah Syariah di sini, hari ini.

Jumpa anak di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida

Mohd Amin turut mendakwa, sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.

” Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

” Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira.

” Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” katanya dalam keadaan sebak.

Untuk rekod, Mohd Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggI dnia dalam kjadian kebkaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Aidilfitri pada tahun 2013.

Mohd Amin sah bercrai dengan usahawan kosmetik itu pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Mohd Amin yang kini bekerja sebagai peniaga gerai makan di Kampung Pasir Senor, Machang sudah berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd Rahman, 53, dua tahun lalu.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments