Perodua Axia dipandu lawan arus, sebabkan kemalangan beberapa kenderaan

Hampir setiap minggu, ada sahaja kes pemanduan melawan arus di lebuhraya bagaikan ia tiada penghujung.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuklah mengenakan hukuman yang berat ke atas pemandu yang bersalah, namun ia seolah-olah tidak menampakkan kesan ketara.

Terbaru, tular di media sosial video sebuah  kereta dipandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di KM355.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Slim River menghala Sungkai.

Dalam kejadian itu, kereta jenis Perodua Axia itu dipandu dengan laju sebelum merempuh sebuah Toyota Rush dari arah bertentangan.

Video kemalangan berdurasi 14 saat itu dikongsi di media sosial dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Difahamkan, pemandu Axia telah ditahan polis untuk siasatan menakala nasib pemandu Toyota Rush tidak diketahui.

Terdahulu pada minggu lepas, tular di media sosial video yang memaparkan sebuah Perodua Alza dipandu secara melawan arus di lebuhraya yang sama.

Bagaimanapun, pemandu terbabit yang juga seorang wanita telah tampil menyerah diri di balai polis dan telah direman selama tiga hari.

Namun, mujurlah kejadian tersebut tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

The post Perodua Axia dipandu lawan arus, sebabkan kemalangan beberapa kenderaan first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments