Ini baru pertama kali terjadi. Seorang pelajar Malaysia diberikan keistimewaan untuk dikebumikan berhampiran makam para aulia di Mesir. Husnul Khatimah kah ini? Apakah amalannya sehingga ‘diraikan’ sebegitu rupa? Meninggal jauh dari ahli keluarga.
Andai kita tahu rahsia kematian insan tersayang, pasti kita tidak akan melepaskannya pergi jauh dari mata.
Bukan tidak menerima takdir ajal, tetapi biarlah pemergian ke negara abadi itu dikelilingi ahli keluarga dan teman rapat lain.
Namun, siapalah kita untuk mengaturkan apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz.
Begitulah kisahnya tentang perkongsian seorang pelajar Malaysia, Ahmad Sobir yang menuntut di Al-Azhar Universiti, Kaherah, Mesir.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, dia cukup terkesan dengan pemergian seorang mahasiswi seuniversitinya iaitu Huda Shulaudin.
Ramai yang mendoakannya agar mendapat kematian Husnul Khatimah
Difahamkan, Huda telah meninggal dunia sehari selepas kembali dari bercuti di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan selama 6 bulan bermula peghujung September 2020 lalu. Kita ikuti perkongsian Ahmad Sobir ini.
Terpanggil untuk menulis. Kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap Syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur.
Indah tak terkata. Terkejut pun ada, hingga kata kata terakhir adalah macam tak percaya. Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir.
Dia disahkan meninggal dunia. Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah ajalnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke Syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.
Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.
Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik. Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.
Apa yang dilihat, amalan arwah sangat luar biasa. Amalan Sunatnya dia jaga rapi. Apatahlagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.
Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkaurantin di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arwah. Dia duduk ‘double seat’
Saya seat single di tengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.
1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa ditangan.
Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.
4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.
Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke Syurga.
Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati. Kita akan mati dimana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid ditengah tengah tu kita akan mati. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga.
Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuh ketika solat. Saidina Othman, mati ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir.
Bukti kematiannya dicemburui ramai.
Meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kebumikan di situ. Meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.
Siapa yang menyaksikan kematian di depan mata dan mengambilnya sebagai pengajaran dalam meneruskan kehidupan dirinya dan mengamalkan kebaikan yang disebutkan merekalah golongan yang beruntung.
Namun bagi siapa yang tahu kematian itu bakal tiba,tapi hanya sekadar tahu tidak berfikir untuk berubah jadi baik. Maka dia adalah orang yang paling bodoh sekali.
Al-Fatihah buat arwah Nurul Huda Mohamad Shulaudin
The post Selalu bangun malam solat tahajjud, pelajar Malaysia meninggal sehari selepas kembali ke Mesir first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments