Ibu Najib, Tun Rahah meninggal dunia

Ibu bekas perdana menteri Najib Razak, Tun Rahah Mohamed Noah meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, petang ini.

Perkara itu dimaklumkan Najib menerusi Facebook miliknya sebentar tadi.

“Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” katanya.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Pemimpin negara ziarah ibu Najib di hospital

Ibu kepada Ahli Parlimen Pekan Najib Razak, Tun Rahah Mohamed Noah yang dalam keadaan tidak sihat dan berada di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara hari ini.

Dalam perkongsian di Facebook, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selain itu, turut hadir berziarah adalah pemimpin politik dari kerajaan dan pembangkang termasuklah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Bonda kurang sihat. Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital.

“Saya minta saudara-saudari tolong doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh.

“Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan untuk kami sekeluarga,” kata Najib di Facebooknya.

The post Ibu Najib, Tun Rahah meninggal dunia first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments