Tragedi Beirut: Lebih 60 orang masih hilang

BEIRUT: Lebih 60 orang masih hilang di Beirut, empat hari selepas letupan besar di pelabuhan yang menyebabkan lebih 150 orang mati, kata seorang pegawai kementerian kesihatan hari ini.

"Jumlah yang mati adalah 154, termasuk 25 yang belum dikenal pasti," kata pegawai itu kepada AFP.

"Selain itu, kita mempunyai lebih 60 orang yang masih hilang."

Menteri Kesihatan semalam berkata, sekurang-kurangnya 120 daripada 5,000 orang yang cedera pada kejadian Selasa lalu itu berada dalam keadaan kritikal. - AFP



Sumber : Tragedi Beirut: Lebih 60 orang masih hilang

Post a Comment

0 Comments