Jururawat Hospital Kepala Batas meninggal dunia akibat sesak nafas

Pemergian seorang jururawat di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang mengundang sebak rakan perjuangan apabila menyifatkan arwah merupakan seorang sahabat yang sejati.

Menerusi laman Facebook, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengucapkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Norwahidah Abd Raup yang meninggal dunia hari ini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah kehilangan seorang warga kerja berwibawa, permata yang menyumbang bakti penuh hemah di fasiliti JKNPP.

“Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP.

“Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulis posting tersebut.

Difahamkan, arwah yang berasal dari Parit Buntar meninggal dunia kerana sesak nafas dan koma selama 8 hari.

Arwah meninggalkan empat orang anak-anak yang masih kecil termasuk yang bongsu baru berusia 4 bulan.

Berita sedih itu mengejutkan ramai sahabat seperjuangan yang turut membuat dedikasi istimewa dan mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

The post Jururawat Hospital Kepala Batas meninggal dunia akibat sesak nafas first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments