Jururawat dijemput Ilahi, tinggalkan empat anak masih kecil

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dikejutkan dengan pemergian salah seorang kakitangan Hospital Kepala Batas yang meninggal dunia dipercayai akibat darah beku yang menyebabkan saluran paru-paru tersumbat.

Menerusi posting di laman Facebook JKNPP, Allahyarham Norwahidah Abd Raup merupakan seorang kakitangan yang berwibawa dan banyak menyumbang bakti di fasiliti kesihatan.

“Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP,” tulis posting tersebut.

Difahamkan, arwah yang berusia 35 tahun meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang bayi lelaki yang baru berusia lima bulan.

Kehilangan ‘tulang belakang’ petugas barisan hadapan ketika negara sedang menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19 itu juga amat dirasai oleh ahli keluarga dan rakan setugas.

Rata-rata mengambil kesempatan bagi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham selain mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan keluarga arwah diberi kekuatan untuk menghadapi ujian daripada Allah SWT ini. Amin.

The post Jururawat dijemput Ilahi, tinggalkan empat anak masih kecil first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments