Kecoh tuduh rider curi Starbucks, lelaki hensem ini mohon maaf

KECOH di media sosial mengenai seorang vlogger yang mendakwa seorang penghantar makanan mencuri air minuman yang dipesannya menerusi aplikasi.

“Hello @GrabMY kenapa rider curi air Starbucks? Order tiga tapi dapat dua je. Kalau nak aku belanja air, minta je la bukan curi. Dah report pun Grab tapi senyap je,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Dakwaan tersebut membangkitkan kemarahan netizen yang mempersoalkan tindakan pemuda sewenang-wenangnya membuat tuduhan dan tidak memahami skop tugas penghantar makanan.

“Rider kerja hantar barang. Bukannya kerja audit kena check (periksa) barang. Ya ampun, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) benar-benar mengubah landskap pemikiran tamadun manusia,” komen seorang netizen.

“Ramai rupa-rupanya tak faham skop tugas rider. Dah nama pun rider, tukang hantar je la. Apa ke**d**h rider nak tolong check order, buat benda lain bagai. Check order tu tugas penjual,” ujar seorang lagi.

Susulan itu, pemuda berkenaan yang lebih dikenali sebagai Ezrin Nazan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman YouTube.

Menerusi video panjang berdurasi 12 minit dan 35 saat itu, kira-kira hampir tujuh minit atau lebih separuh daripadanya menunjukkan pemuda tersebut hanya membelek telefon bimbitnya seperti sedang membuat semakan di media sosial, sebelum memohon maaf dan memberikan penjelasan.

“Aku mengaku memang salah aku sebab aku sendiri tweet benda tu daripada akaun peribadi aku.

“Kesilapan aku adalah tuduh rider curi, sedangkan rider tak curi pun air. Aku minta maaf pasal tu,” katanya secara ringkas.

Ezrin atau nama sebenarnya Muhammad Ezrin Mohd Nazan, 32, berkata, dia dimaklumkan oleh pihak Grab bahawa kesilapan berlaku berpunca daripada premis tersebut ‘terlepas pandang’ ketika menyediakan pesanan berkenaan.

“Kepada rider yang terkesan, aku nak minta maaf banyak-banyak. Benda ni memang silap pada diri aku sendiri kerana aku tweet macam tu.

“Tweet yang sangat provoke (provakasi). Dan benda ni di mana tengah attack (serang) aku di media sosial. Terima kasih, aku baca komen-komen anda,” katanya.

Menerusi video tersebut, Ezrin yang mempunyai lebih 600 pengikut di laman YouTube itu turut memaklumkan bahawa Grab akan membuat bayaran balik (refund).

“Aku merendahkan ego aku, dan aku minta maaf dalam video ni dan semua orang sedang menonton sila tenang,” katanya.

The post Kecoh tuduh rider curi Starbucks, lelaki hensem ini mohon maaf first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments