Kongsi video ‘comolot’ adik angkat, ramai jijik cara founder luah kasih sayang

Kecoh di media sosial apabila seorang pengasas produk memuat naik beberapa video jelik yang memaparkan dirinya mencium mulut beberapa kanak-kanak dipercayai adik angkatnya.

Lelaki itu sudah lama melakukan perbuatan tersebut namun ianya baru disedari oleh netizen yang kemudiannya menularkan video tersebut supaya kejadian itu mendapat perhatian pihak berkuasa.

Menurut seorang individu dikenali sebagai Kai Auburn, dia sudah menghantar mesej Whatsapp kepada pihak SKMM namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan.

Isu tersebut turut mendapat perhatian pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang menyifatkan perbuatan founder itu sebagai ‘sexual grooming’

“Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part. Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, netizen mahu pihak berkuasa terutamanya polis menyiasat kejadian itu secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

The post Kongsi video ‘comolot’ adik angkat, ramai jijik cara founder luah kasih sayang first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments