Susah senang bersama, pengasas oden viral habiskan RM50,000 rai birthday BFF

SEORANG usahawan telah menghabiskan lebih daripada RM50,000 untuk meraikan hari lahir sahabat baiknya sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa setia bersamanya.

Pengasas Oden Viral Cekyana itu turut memberikan hadiah bernilai RM30,000 berupa barang kemas dan wang tunai buat sahabatnya yang dikenali sebagai Cik Zaza.

Walaupun PKP masih berkuatkuasa, ia sama sekali tidak menghalang Cekyana daripada meraikan hari istimewa sahabatnya dengan begitu gah.

Dalam pada itu, Cik Zaza juga sempat membuat live di Facebook keadaan semasa sambutan hari lahirnya yang begitu mengharukan dengan kek dan jambangan bunga coklat yang cukup besar.

Dia berharap agar semua leader dan ejen mereka terus bersemangat untuk menjalankan perniagaan sehingga mampu meraih kejayaan seperti yang dirasai sekarang.

Sementara itu, netizen yang melihat perkongsian sambutan hari lahir Cik Zaza telah meninggalkan komen di ruangan Facebook pengusaha Oden Viral Cekyana itu.

Mereka mengakui berasa terharu melihat hubungan baik dua sahabat ini dan mendoakan agar Cekyana dan Cik Zaza sama-sama berjaya dalam perniagaan dan terus memberi inspirasi kepada semua.

The post Susah senang bersama, pengasas oden viral habiskan RM50,000 rai birthday BFF first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments