Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu pengumuman yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor berkata, Sultan Ibrahim menamakan cucu perempuan baginda.
Tunku Zahrah Zarith yang juga puteri dan waris Tunku Mahkota Johor keempat diputerikan pada 21 April atau 9 Ramadan lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram Che Puan Khaleeda berk0ngsi foto keluarga mereka bersama anakanda puteri.
Rata rata orang ramai membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah di atas kelahiran puterinya.
Tunku Ismail dan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014 dan dikurniakan tiga anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua orang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim. – Sumber dipetik dari Xtra, Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Instagram Che Puan Khaleeda
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : Tahniah, Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin Anak Perempuan
0 Comments