Pada bulan puasa ini, tidak dinafikan kita lebih peka untuk mendengar azan Maghrib daripada melihat jam waktu berbuka.
Mana tidaknya, kita diwajibkan berbuka puasa semasa azan Maghrib dilaungkan setelah seharian menahan lapar.
Namun begitu, berbeza pula dengan video perk0ngsian dari portal SAYS yang v!ral baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita ini tersilap dengar azan Maghrib.
Berbuka kurma setelah dengar azan, sekali ada sambungan lagu
Menerusi video yang berdurasi 32 saat, kelihatan seorang wanita terus berbuka puasa dengan kurma apabia mendengar deringan seakan-akan laungan azan Maghrib.
Apa yang lebih menarik adalah apabila wanita itu memasukkan kurma ke dalam mulutnya, ada pula sambungan lagu. Rupa-rupanya bukan azan Maghrib, tetapi lagu ‘Waka Waka’ oleh Shakira.
Wanita itu pelik kemudian menyemak sekali lagi telefonnya untuk mengesahkan sama ada deringan itu azan atau tidak. Setelah menyedari deringan itu bukan azan, wanita itu lantas mengeluarkan kurma daripada mulutnya.
“It’s time for Africa, not time for iftar” – Warganet
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat wanita itu. Malah, ramai juga yang keliru dengan lagu tersebut.
Alamak, confuse pulak dah. Lain kali dengar betul-betul ya. – Sumber & video dipetik dari SAYS, TikTok@@binettathioyet1
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : [VIDEO] Eh Ingatkan Azan Dah Boleh Berbuka Puasa, Sekali Lagu ‘Waka Waka’ Pula!
0 Comments