Selepas KWSP dan Kementerian Kewangan membenarkan permoh0nan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, fungsi untuk membuat pindaan telah diwujudkan di dalam portal isinar.kwsp.gov.my.
Justeru, ramai yang masih tidak tahu jumlah permoh0nan pengeluaran i-Sinar sebenarnya boleh ditukar.
Berikut merupakan cara menukar jumlah pengeluaran i-Sinar akaun KWSP anda:
#1 Cara tukar amaun i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my
Berikuti ialah cara untuk buat pindaan pengeluaran amaun i-Sinar:
- Log Masuk i-Sinar di sini: https://ift.tt/3kDKK9i
- Tekan butang Pindaan Pengeluaran
- Masukkan Nombor MyKad / MyPR
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit
- Tick kotak Saya bukan robot
- Tekan butang Teruskan
- Nombor OTP akan dihantar melalui SMS
- Isikan nombor OTP
- Tekan butang Sahkan OTP
- Anda kini berada di bahagian PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR
- Masukkan maklumat berikut: Nama Penuh
- Nombor MyKad
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat Surat Menyurat untuk bahagian
- Amaun dimoh0n, sila berikan perhatian agar tidak membuat kesilapan lagi.
- Semak Amaun Pilihan Terdahulu
- Semak Amaun Kelayakan Keseluruhan
- Masukkan Amaun Pilihan Baharu
- Sila tarik amaun seperti yang dikehendaki. Contohnya, jika anda layak RM10,000, tarik sehingga habis sehingga amaun menunjukkan jumlah RM10,000.
- Tick kotak untuk pengesahan bahawa semua maklumat adalah benar; dan anda juga telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Perakuan yang dikehendaki oleh KWSP
- Tekan butang
- Teruskan Permoh0nan pindaan pengeluaran i-Sinar anda kini sudah selesai
Berikut merupakan beberapa kesiIapan lazim yang sering dilakukan oleh orang ramai semasa mengemaskini i-Sinar
Antaranya ialah:
- Anda tersilap memilih amaun pembayaran yang sepatutnya
- Kalau anda boleh keluarkan maksimum RM10,000; keluarkanlah RM10,000
- Anda juga perlu berhati-hati semasa memilih jadual pembayaran
- Anda harus faham, jumlah amaun pengeluaran bulan pertama itu seharusnya lebih besar dari bulan-bulan yang lain
- Jangan tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Jika tersaIah, anda tidak akan berjaya login ke dalam sistem
- Jangan tersilap memasukkan nombor telefon. Jika tidak, anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat OTP melalui SMS
- Sila kemaskini nombor telefon anda sebelum mohon iSinar
– Sumber dipetik dari Xtra
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : i-Sinar: Cara Tukar Amaun Secara Online (Pindaan Pengeluaran)
0 Comments