[VIDEO] 29 Tahun Bersama, Ayah Hanya Mampu Sapu Air Mata Lepaskan Anak Tersayang Ikut Suami

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Begitu besar kasih ayah dan ibu kepada anak-anak walaupun mereka sudah dewasa.

Ibu bapa adalah individu yang paling teruja jika anak mereka mahu melangkah ke alam perkahwinan.

Namun begitu, jauh di sudut hati mereka perasaan sedih melepaskan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.

Berat hati seorang ayah melepaskan anak perempuannya

Saat yang dinantikan telah tiba, pastinya berat hati seorang ayah melepaskan anak perempuan yang dijaga sedari kecil yang telah diamanahkan kepada menantu lelakinya.

Begitulah juga dengan kisah seorang ayah yang sebak apabila anak perempuan yang baru dinikahi bakal berpindah dan tinggal bersama suami tercinta.

Apa yang meruntum jiwa adalah melihat kesedihan yang jelas terpancar di wajah seorang ayah melepaskan anaknya pergi telah menarik tumpuan ramai.

Tak sampai 24 jam dimuat naik, raih lebih dari 300,000 tontonan

Menerusi perk0ngsian dari portal Yoy Network, satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Tidak sampai 24 jam video itu dimuat naik, video keakraban hubungan ayah dan anak ini telah meraih lebih dari 300,000 tont0nan setakat ini.

Dalam video tersebut memaparkan kesedihan seorang ayah melepaskan anaknya yang berpindah rumah mengikuti suaminya.

Sebak lihat ayah dan anak ini berpel0kan

Situasi menjadi sebak apabila si anak bersalaman dan berpel0kan dengan ayahnya yang sebak dengan perpisahan itu

Detik itu pastinya membuatkan hati seorang ayah berat melepaskan anaknya pergi setelah 29 tahun anaknya tinggal bersamanya.

Ayah tak lepas pandang hingga ke jalan sambil kesat air mata

Malah, ayah ini turut berpesan kepada menantu lelakinya supaya menjaga anaknya baik-baik.

Sor0tan mata sebak si ayah yang tidak melepaskan pandangan hingga sanggup mengikuti kereta yang dinaiki anaknya bersama suami ke jalan raya sambil mengesat air mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak dan sedih melihat video berkenaan.

VIDEO:

Selain itu, mereka tersent0h dengan keakraban hubungan ayah dan anak ini. Malah ada di antara warganet yang turut sama berk0ngsi pengalaman mereka di ruangan komen. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok@kosmetiksalsal

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : [VIDEO] 29 Tahun Bersama, Ayah Hanya Mampu Sapu Air Mata Lepaskan Anak Tersayang Ikut Suami

Post a Comment

0 Comments