Dalam satu kenyataan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap dan menyarankan agar mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas kesaIahan terbabit perlulah dibatalkan.
Ia adalah adalah berdasarkan kepada Akta 342 Pencgahan Dan Pengawalan Penykit Berjngkit – C0VID-19 Malaysia yang mana ianya tidak terkandung sebagai satu kesaIahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguatkuasa.
Bukan menjadi kesalahan apabila anda tidak mengemaskini aplikasi MySejahtera.
Terdahulu, tuIar di laman media sosial video yang mengatakan wajib mengemaskini status kesihatan di aplikasi Mysejahtera.
Media sebelum ini melap0rkan, seramai 31 pekerja syarikat O&G dan kilang ayam dikompaun kerana tidak mengemaskini status kesihatan mereka di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja.
Operasi berkenaan turut disertai penguat kuasa KKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Rentetan daripada itu, pihak polis akan merujuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung untuk membatalkan kompaun yang dikeluarkan kepada 29 pekerja syarikat minyak dan gas (O&G) di kawasan perindustrian Kampung Acheh, di sini.
Tindakan sama juga akan diambil untuk dua pekerja lain di sebuah kilang atas kesaIahan sama.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kompaun dikeluarkan atas kesaIahan gagal mengemaskini status kesihatan harian di aplikasi MySejahtera pada pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Sabtu lalu.
Menurutnya, semakan dengan Unit Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku kekeliruan terhadap kesaIahan berkenaan.
“Pihak KKM mengesahkan bahawa pemilik aplikasi MySejahtera perlu mengemaskini status kesihatan apabila terdapat gejaIa, mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, mempunyai hubungan atau menjadi kontak rapat serta disahkan positif C0VID-19 sahaja.
“Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Manjung (Asisten Komisioner Nor Omar Sappi) akan merujuk PKD Manjung untuk memaklumkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi tujuan pembatalan kompaun itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, masyarakat dinasihatkan supaya tidak bimbang terhadap tahap penguatkuasaan dilakukan oleh polis dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memut0skan rantaian C0VID-19 sekaligus memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.
Katanya, setiap tindakan yang diambil oleh polis akan dirujuk kembali kepada peraturan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
“Polis Perak ingin menasihatkan orang ramai sentiasa bersabar dan memberi kerjasama penuh kepada semua agensi yang terbabit sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini.
“Polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada orang ramai yang melanggar undang-undang dan SOP yang sedang berkuat kuasa,” katanya. – Sumber dipetik dari Yoy Network, Facebook Awani
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : Bukan Menjadi Kesalahan Tidak Update Status Di Aplikasi Mysejahtera
0 Comments