Didkwa Tidak Ikut SOP, Warganet Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri

Sebuah rancangan hiburan All Together Now Malaysia yang baru sahaja ditayangkan secara rasmi pada Ahad lalu telah menjadi buah mulut warganet. Dalam rancangan tersebut, terdapat 50 orang juri yang menilai persembahan para peserta.

Lantaran penampilan 50 orang juri dalam rancangan tersebut, rata-rata warganet menimbulkan rasa kurang senang disebabkan kini negara kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penuIaran wa bak C0VID-19.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet mendkwa para juri tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan SOP yang sepatutnya. Akan tetapi, ada juga yang mengatakan rancangan ini sudah dirakamkan sebelum pelaksanaan PKP di Malaysia.

Menjawab persoalan warganet, menurut pihak Astro, rakaman program All Together Now Malaysia telah dilakukan pada 3 Mac hingga 11 April 2021 semasa pelaksanaan PKPP.

Malah, semasa rakaman dijalankan, pihak rakaman telah memastikan mematuhi kesemua garis panduan SOP semasa PKPP yang dikeluarkan oleh pihak MKN dan KKM.

Difahamkan, format asal program ini sepatutnya menampilkan 100 orang juri namun berikutan situasi semasa, jumlah tersebut dikurangkan kepada 50 orang juri. Malah, program ini juga sebenarnya telah ditunda sebanyak dua kali daripada tarikh asal siarannya. – Sumber dipetik dari The V0cket

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Didkwa Tidak Ikut SOP, Warganet Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri

Post a Comment

0 Comments