Guna Minyak Masak Paket, Harga Lebih Murah – Timbalan Menteri KPDNHEP

Pengguna boleh mendapatkan minyak masak bersubsidi di pasaran sebagai alternatif mengatasi masalah kenaikan mendadak harga minyak masak dalam botol lima kilogram ketika ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi dalam bungkusan polibeg satu kilogram (kg) yang kualitinya setanding dengan minyak masak dalam botol.

Menurutnya, minyak masak bersubsidi dijual dengan harga RM2.50 sekg berbanding minyak masak dalam botol yang harganya tidak dikawal kerajaan dan dijual pada pelbagai harga dan berat.

“Kerajaan menyediakan kuota sebanyak 60,000 metrik tan minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram setiap bulan bersamaan 720,000 metrik tan setahun.

“Bekalan ini mencukupi untuk menampung keperluan 32 juta rakyat Malaysia dan rakyat ada pilihan untuk mendapatkan minyak yang murah.

“Berdasarkan kajian, kegunaan minyak untuk rakyat Malaysia adalah 1.8 kilogram sebulan, ini purata kegunaan untuk isi rumah dan jika diikutkan bekalan minyak bersubsidi ini cukup untuk kegunaan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, tinjauan mendapati harga minyak masak botol lima kilogram mengalami peningkatan mendadak sehingga RM35 sebotol berikutan kenaikan harga sawit di ladang yang kini dilap0rkan naik sehingga RM1,000 setan, berbanding RM300 setan sebelum ini.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, pemerhatian KPDNHEP juga mendapati bungkusan minyak masak bersubsidi mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

Katanya, orang ramai boleh memaklumkan kepada KPDNHEP sekiranya bekalan minyak masak bersubsidi tiada di lokasi masing-masing atau sekiranya ia dijual melebihi RM2.50 sebungkus.

“KPDNHEP menyambut baik langkah sebahagian pasar raya menghadkan pembelian minyak masak bersubsidi kepada tiga bungkusan bagi setiap pelanggan.

“Ia bertujuan mengelak penyalahgunaan dan pembelian panik sehingga boleh menggnggu bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran,” katanya. – Sumber dipetik dari UtamaDaily, Facebook KPDNHEP

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Guna Minyak Masak Paket, Harga Lebih Murah – Timbalan Menteri KPDNHEP

Post a Comment

0 Comments