Lelaki Kahwin Dua, Luahan Penghargaan Untuk Isteri Pertama Jadi Perhatian

Setiap pasangan yang berumah tangga mempunyai dugaan dan cabaran mereka sendiri dalam rumah tangga.

Tidak semua pasangan yang berumahtangga kekal hingga ke syurga, ada jodoh yang tidak kekal lama dan mengambil keputusan untuk berpisah.

Ada pula pasangan yang diuji dengan kehadiran madu dan masih boleh berk0ngsi kasih suami bersama-sama dan hidup kekal bahagia.

Perjalanan hidup bersama isteri tercinta

Setiap orang menjalani pelbagai jenis perjalanan hidup dan dugaan. Hanya mereka yang berada di tempatnya sahaja merasai apa yang sebenarnya mereka lalui.

Satu kisah yang dikongsikan orang seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Mohd Safuan berk0ngsi perjalanan hidupnya dengan isteri tercinta.

Apa yang menarik, lelaki ini berk0ngsi kekuatan isterinya yang awal perkahwinan mereka sehingga kini.

10 tahun mendirikan rumah tangga bersama

Menerusi laman Facebook, Mohd Safuan memuat naik satu posting panjang sebagai tanda penghargaan buat isteri pertamanya setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Berk0ngsi kisah mereka dari awal perkenalan, wanita ini merupakan tulang belakang yang sentiasa bersamanya dalam susah dan senang.

Malah, apabila Mohd Safuan menyatakan hasratnya untuk berpoligami, isterinya mengetepikan perasaan sedih demi kebahagiaan suami tercinta.

Ini penghargaan buat isteri pertama saya, Aisyah

“lni post penghargaan buat isteri pertama saya, Aisyah. Isteri lain tak yah baca la. Kang jeles pulak”

“Hari ini anniversary kami yang ke-10. Genap 10 tahun kami bersama. Kalau campur-campur dengan zaman bercinta dulu lebih 10 tahun la.”

“Ni la gadis yang asalnya saya minta dia jual tshirt. Masa tu saya bisnes tshirt printing, pastu jadi kawan.”

Gadis ini terima saya ketika saya tak punya apa-apa

“Ini cerita masa zaman friendster dulu, kekal berhubung on and off sampai la ke hari ni.”

“Inilah gadis yang sudi terima saya ketika saya tak punya apa-apa. Baru dapat letter offer Tenaga Pengajar Muda (TPM) di Uitm terus nak nikah.

“Saya dapat tawaran sambung belajar di UTP, Perak. Buat master in Petroleum Engineering.”

Aisyah berhenti kerja di KL dan ikut saya ke Perak

“Ini la gadis yang berhenti kerja di KL dan ikut saya ke Perak. Naik kereta saya, Iswara yang pasang NGV, nak jimat. Signal r0sak pulak tu. Teman saya buat master.”

“Sewa rumah RM250 sebulan. Tidur atas katil, tilam second hand je. Hidup dengan elaun belajar, bukan banyak pon. Tapi alhamdulillah. Kami happy.”

Aisyah isteri yang baik dan dia pendengar yang setia

“Aisyah isteri yang baik. Dia la kawan balk saya. Pendengar yang setia, dia kenal saya sebelum kami kahwin lagi. Perangai saya, baik buruk saya semua dia tahu.”

“Bila seorang suami suarakan untuk nikah lagi, isteri mana yang boleh terima.”

Aisyah ketepikan perasaan dia sebab saya

“Ada. Isteri saya ni la, Aisyah. Dia ada perasaan. Tapi dia ketepikan perasaan dia sebab saya.”

“Isteri ni la yang teman saya jumpa calon isteri ke 2. Kitorang ke Terengganu, jumpa janda anak 3.”

“Kitorang ke Melaka jumpa janda anak 3. Pendek cerita jumpa la jodoh yang no 2 sekarang ni.”

Isteri ini yang pergi jumpa bakal mertua saya

“Kemudian isteri ni la yang saya pergi jumpa bakal mertua saya di Bangi.

“Teman ambil borang di Pejabat Agama, teman pergi Mahkamah Syariah untuk dapatkan kebenaran berpoligami dan urusan seterusnya.”

Rem0k hatinya siapa yang tahu

“Cari baju pengantin, sampai la ke pelamin. Rem0k hatinya siapa yang tahu. Dia cari kekuatan untuk kawal em0si dia, untuk senyum depan saya.”

“Untuk bahagiakan saya. Dia join kelas untuk rawat hati dia. Bukan mudah tu. Aduhaii. Macam mana la abang tak sayang.”

Dia ada degree tapi utamakan saya dan anak-anak

“Dia bukan bod0-bod0. Dia ada degree in Islamic Banking. Dia boleh je kerja kalau dia mahu.”

“Tapi dia utamakan saya & anak-anak. Tuhan saja la yang mampu balas jasa dia.”

“Kami ada 6 orang anak. Sorang men!nggal masa lahir. So tinggal 5. Terlalu banyak peng0rbanan dia untuk saya ceritakan satu-satu.”

Isteri saya kerja 24 jam jaga anak-anak

“Nak jaga anak yang 5 orang ni bukan senang. Itu kalau orang kata isteri saya tak kerja, saya “betulkan” balek. Isteri saya kerja 24 jam jaga anak-anak.”

“Gambar ni antara moments yang saya nampak isteri saya betul-betul happy. Suka saya tengok dia happy. Sepatutnya saya lebih kerap buat dia happy macam ni.”

“Doakan hubungan kami kekal lama. Supaya saya boleh balas sedikit jasa dia, kalau bukan semua. Doakan kami kekal sampai ke syurga ye.”

3 tahun lebih saya berpoligami. Tak mudah.

“Tak ramai yang k0ngsi indahnya poligami. Nak cerita sangat kang, orang kata nak menunjuk.”

“Jadi cerita yang sampai pada public adalah cerita yang tak bagus. Cerita poligami yang gagal.”

“Isteri tak diberi nafkah, suami tak bertanggungjawab.. anak-anak terabai. Biasa dengar kan.”

Awal poligami, ada hari saya tidur di surau kerana di situ tenang

“Saya awal-awal poligami dulu pon pening juga. Ada hari saya tidur kat surau. Sebab kat situ je tenang (jangan tanya la kenapa.. faham-faham jela).”

“Saya pack baju, seluar, towel & kain pelikat dalam satu beg. Masuk surau, minta izin dengan guard untuk tumpang tidur. Alhamdulillah lena juga.”

Bila hati dah tenang baru saya ajak isteri berbincang

“Bila hati masing-masing dah tenang baru saya ajak wife sit down dan discuss. Kisah ni saya pernah cerita dekat kawan saya yang nak berpoligami.”

“Bila dia dengar macam ni terus tak jadi dia nak nikah lagi. Alhamdulillah. Sekarang kami dah banyak ok.”

“Takde dah macam awal-awal dulu. Gad0h-gad0h to biasa la. Sedangkan lidah lagi terg!git.”

Harapan saya diorang boleh berpakat raya sama-sama

“Raya kali ni dua-dua isteri saya pilih terra kaler yang sama. Bukan dorang berpakat.. tapi kebetulan.”

“Harapan saya, raya akan datang boleh la dorang berpakat raya sama-sama. Doakan hubungan kami berkekalan bahagia hingga ke syurga. Doakan ye.”

Sumber dipetik dari Yoy Network, Facebook Mohd Safuan 

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Lelaki Kahwin Dua, Luahan Penghargaan Untuk Isteri Pertama Jadi Perhatian

Post a Comment

0 Comments