Baru-baru ini kec0h di laman media sosial, lima penghantar makanan berumur 19 hingga 40 tahun ditahan kerana memuk0I seorang pelanggan berusia 29 tahun yang didkwa menggunakan nama menyent0h sens!tiviti agama.
Sehubungan dengan itu, PEMBELA meIancarkan tabung kilat secara atas talian dengan sasaran kutipan sehingga RM20,000 bagi membantu ikat jamin lima penghantar makanan yang ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah.
Hanya beberapa jam diIancarkan, tabung kilat yang digerakkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan PembeIa Islam (PEMBELA) bagi membantu lima penghantar makanan Food Panda terpaksa ditutup ekoran sudah melepasi sasaran kutipan.
Walaubagaimanapun, pihak polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook “Pertubuhan-Pertubuhan PembeIa Islam” yang disyaki meIancarkan kutipan derma kon0nnya untuk membayar jaminan lima penghantar makanan yang ditahan, selepas dipercayai bergad0h dengan pelanggan di Sungai Way, Petaling Jaya, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, antara lain, penganjur kutipan derma menggunakan nama “Tabung Kilat Ikat Jamin Rider Foodpanda” itu mendkwa lima penghantar makanan yang ditahan tersebut perlu membayar wang ikat jamin kira-kira RM3,000 hingga RM4,000 seorang.
Katanya, sumbangan itu didkwa akan disalurkan ke sebuah akaun bank tempatan yang dipercayai milik pertubuhan terbabit.
“Polis tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran bagi ikat jamin terhadap orang kena tngkap (OKT) dan mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan derma bagi kepentingan peribadi.
“Susulan itu, satu kertas s!asatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Kesksaan kerana men!pu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta pemilik akaun tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama hari ini. – Sumber dipetik dari MYKMU, FMT
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : Polis Jalankan S!asatan Aktiviti Kutipan Derma Ikat Jamin Rider Foodpanda
0 Comments