Tak boleh sabar ke? Degil buat kenduri anak kahwin, tuan rumah dikompaun

Hasrat sebuah keluarga meraikan majlis perkahwinan anak lelaki mereka membawa padah apabila dikompaun RM2,000 di sebuah rumah di Butterworth, Kepala Batas pada tengahari Jumaat.

Menurut laporan Sinar Harian, selain tuan rumah, jurugambar dan pengantin lelaki turut dikompaun dengan jumlah sama kerana menghadiri majlis tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima aduan orang awam sebelum melakukan pemeriksaan di kediaman berkenaan.

Hasil pemeriksaan, terdapat 19 ahli keluarga berkumpul dimana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan penganjuran sebarang majlis ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Saya terkilan kerana masih ada yang gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis perkahwinan yang tidak dibenarkan.

“Sikap seperti ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan situasi semasa. Saya tidak akan berkompromi dengan mana- mana pihak atau individu dalam memastikan SOP PKP 3.0 terus dipatuhi,” katanya.

The post Tak boleh sabar ke? Degil buat kenduri anak kahwin, tuan rumah dikompaun first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments