Kehadiran cahaya mata merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri. Detik kehadiran insan kecil ini juga adalah sebagai pelengkap dalam kehidupan rumah tangga.
Namun begitu, setiap pasangan diuji dengan pelbagai dugaan yang berbeza-beza sepanjang perjalanan mereka.
Rezeki dipinjamkan anak kecil ini sementara
Ada di antara mereka yang menunggu bertahun lamanya untuk beroleh cahaya mata, ada juga yang dimurahkan rezeki anak namun hanya dipinjamkan sementara.
Begitulah juga perk0ngsian dari portal Yoy Network kisah seorang ibu yang berk0ngsi memori indah bersama bayinya sebelum bayi comel ini menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya.
Ibu ini turut berk0ngsi berita sedih mengenai pemergian bidadari syurganya itu di laman Facebook Bunga Js Reena.
Anak kecil ini hembuskan nafas terakhir pada usia 10 bulan 8 hari
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kebahagiaan yang dibina bersama anak tersayang hilang sekelip mata sahaja selepas bayi itu pergi buat selama-lamanya.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan sedih seorang ibu, Puan Reena apabila anak yang dikandung selama 9 bulan telah disahkan men!nggal dunia.
Anak kecil ini menghembuskan nafas terakhir pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 10 bulan 8 hari.
Ibu ini bersyukur dipinjamkan anak kecil ini dalam kehidupannya
Bidadari syurga ini dikenali dengan nama Airisthea Nur Inara Binti Wirman.
Anak ini telah dilahirkan pada 31 Julai 2020 dan telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 Jun 2021.
Redha dengan pemergian anak kecil ini, Puan Reena meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT telah meminjamkan Thea dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Bidadari kecil syurga ini singgah sebentar dalam hidup mama
“Dengan penuh rasa berat hati dan dukacita dimaklumkan puteri kesayangan kami Airisthea Nur Inara binti Wirman 31/07/2020-08/06/2021.”
“Bidadari kecil syurga yang singgah sebentar dalam hidup mama selama 10bln 8hari.”
Setiap mata yang memandang mesti akan geram dengan kecomelan thea
“Thea seorang anak yang sangat sempurna, putih gebu, comel pipi merah , tinggi. Setiap mata yang memandang thea mesti akan geram dengan kecomelan thea.”
“Tempat thea bukan di sini, tempat thea sana di syurga.”
Mama tahu thea kuat dan bertahan untuk mama
“Mama tau thea penat, thea kuat dan bertahan pun untuk mama. 10/05/2021 thea dimasukkan ke ICU thea sesak nafas disebabkan jngkitan kuman pada paru2.”
“Mama ingat itulah kali terakhir mama jumpa thea, tapi thea kuatkan semangat untuk sembuh supaya mama dapat jaga thea selama 3 minggu dalam wad.”
Thea mahu luangkan masa bermanja dengan mama sebelum thea pergi jauh
“Sepanjang dalam wad thea sama-sama mama thea Sihat dan Happy ja dengan mama.”
“Thea nda kasih tunjuk pun thea skit rupanya thea mau luangkan masa dengan mama, manja-manja dengan mama sebelum thea pergi jauh tinggalkan mama.”
Mama halalkan susu mama
“Mama redhakan thea pergi nakkk. Mama tau cukup sudah thea menanggung skit dan tersksa.”
“Mama halalkan rahim mama, mama halalkan susu mama. Mama halalkan semua makan minum thea.”
Tunggu mama di pintu syurga
“Damailah thea di sana.. tunggu mama di pintu syurga. Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kemtian dia, lapangkan kub0r dia.”
“Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Ya Allah tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman, Al Fatihah.”
Redha pemergian anaknya dari terus menanggung drita
Meskipun terkesan dengan pemergian anaknya itu, namun Puan Reena redha dengan pemergian puteri kesayangan daripada dia terus menanggung drita dengan penykit yang dihidapinya.
Puan Reena berdoa agar dia dan Thea akan dipertemukan di syurga kelak.
Salam takziah buat Puan Reena sekeluarga, semoga kalian diberikan kekuatan dan ketabahan berdepan dugaan ini. – Sumber & video dipetik dari Yoy Network, Facebook
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : [VIDEO] “Manja Dengan Mama Sebelum Pergi,” – Wanita Sayu Anak 10 Bulan Dijemput Ilahi
0 Comments