Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghas0t orang ramai daripada menyok0ng Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan (PICK).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan kerajaan juga sudah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin C0VID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.
“Jika ikut perancangan, saya harap kita dapat mempercepatkan vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.
“Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan, manakala sebahagian lagi tidak, kerana ini akan membawa kesan,”
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut disertai Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Terdahulu, ramai masyarakat kita pada harini yang suka berk0ngsi maklumat paIsu mengenai keburukan dan kesan yang akan diperolehi sekiranya mengambil vaksin ada di antara mereka yang membuat keputusan untuk tidak mendaftar dan mendapatkan vaksin yang ditawarkan oleh kerajaan. – Sumber dipetik dari Xtra, Bernama
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM
0 Comments