Bapa Ustaz Ebit Lew kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR – Selain kerja amal, pendakwah bebas, Ebit Lew sejak kebelakangan ini banyak berkongsi kisah bapanya di laman sosial yang tidak begitu sihat dan kerap menerima rawatan di hospital.

Hari ini, Ebit sekali lagi memuat naik kisah bapanya itu namun kali ini berita sedih, berita pemergian bapanya yang tercinta itu.
Berkongsikan gambar hitam putih beliau sedang memimpin tangan bapanya, status dan gambar tersebut menyentuh hati warganet.

Berikut catatan Ebit di laman Instagramnya, baru sahaja sebentar tadi:
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini.

“I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah, inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.

“Saya dalam perjalanan ke Gleneagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang.

“Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan Al-Fatihah..” tulis beliau.

Bulan lepas, media melaporkan Ebit memaklumkan status kesihatan bapanya yang kini berada pada tahap kurang memuaskan dan dijaga oleh abangnya.

“Pohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh,” kata Ebit dalam hantarannya yang dimuat naik di laman sosial.

“Ya Allah…. sembuhkanlah ayah ku. Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah…

“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” tulisnya.

The post Bapa Ustaz Ebit Lew kembali ke rahmatullah first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments