BUTTERWORTH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuang anggotanya yang didapati bersalah kerana membuli.
Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata pihaknya tidak akan melindungi dan bertolak ansur terhadap sebarang amalan buli atau penderaan.
“Buli bukan amalan dan budaya kita. Perkara ini di luar daripada kebiasaan dan kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan kerana sebelum ini pun kita pernah buang anggota yang terbukti buat perkara seperti ini.
“Kalau ia budaya kita, setiap hari anda akan lihat anggota yang keluar masuk hospital kerana dibuli,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra ATM dan Anggota Cedera bersempena Hari ATM Ke-84 di Pengkalan Udara Butterworth di sini, hari ini.
Beliau mengulas kematian dua anggota TLDM, Laskar Kelas 1 Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Ipoh yang dipercayai didera.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments