Jasa besar guru sekolah pelarian Yaman

KUALA LUMPUR: Malaysia Relief Agency (MRA) meneruskan pengajaran di Sekolah Syukur MRA di Kem Pelarian Dalam Negara (IDP) AL Khaniq, Sana'a, Yaman walaupun berdepan pelbagai rintangan.

Selain pergoalan yang tidak berpenghujung, negara itu berhadapan ancaman ribut pasir dan keadaan cuaca yang kering-kontang.

MOHD Daud Sulaiman. - Foto Aswadi Alias

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata tajaan membayar gaji 14 guru yang mengajar di Sekolah Syukur MRA secara bulanan masih diteruskan dengan dana sumbangan rakyat Malaysia.

"Ketika ini, jumlah murid melebihi 300 orang dan perkara ini sedikit memberi kesan kepada komitmen guru untuk menyantuni anak pelarian.

"Mereka memerlukan bilik darjah yang selesa supaya dapat menimba ilmu dengan baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekolah berkenaan dibina di kaki pergunungan di antara dua wilayah di Yaman iaitu Maarib dan Sana'a.

SUASANA pekarangan sekolah yang ceria walaupun tidak selesa.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Daud berkata, semangat guru yang terus gigih mengajar anak pelarian ini perlu diberi penghargaan walaupun nilai imbuhannya kecil.

"Jasa mereka (guru) mendidik dan mendewasakan murid ini sangat besar walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan suasana kekurangan kemudahan, bergolak dan tidak menentu.

"Bersama-sama kita bantu MRA untuk terus bantu rakyat Yaman supaya tabah dan berusaha bangkit dari konflik bersenjata ini," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments