MABA perkenal Liga Profesional

IPOH: Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) bakal memperkenalkan satu lagi kejohanan baru di negara ini iaitu Liga Profesional (Pro League) yang akan bermula Oktober ini. 

Presidennya, Datuk Lua Choon Hann berkata kejohanan kali pertama itu bakal disertai oleh tujuh pasukan. 

Pasukan berkenaan adalah Verve Club, Farmcochem, Westport Dragon, Penang Stallion, PRG Eagles, KL Griffins dan Kings Pinas Asia. 

"Buat permulaan penyertaan dihadkan kepada tujuh pasukan ini dan akan ditambah selepas ini," katanya ketika di temui selepas Kejohanan 3x3 Ipoh Circuit Malaysia 2017 di AEON Big Falim, di sini, hari ini.

Choon Hann berkata semua pasukan akan beraksi sebanyak  dua kali seminggu dalam pertandingan diadakan secara pesta di Wisma MABA. 

Katanya, tiada hadiah wang tunai disediakan dalam kejohanan itu berikutan MABA ketiadaan dana. 

Dalam perkembangan lain badan induk boa keranjang negara itu akan memperkenalkan kategori 3x3 dalam kejohanan kebangsaan B15,  B17 dan Piala Agung mulai tahun hadapan.   

Katanya, langkah itu bertujuan meningkatkan mutu dan kemampuan pemain tempatan dalam permainan itu. 

Selain itu, Choon Hann berkata kejohanan Bola keranjang  Bukan Cina Kebangsaan Piala MABA akan diadakan pada 20 hingga 26 November ini.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments