Pelabur asing beli 4.56 peratus kepentingan CIMB

KUALA LUMPUR: Kepentingan 4.56 peratus Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) dalam CIMB Group Holdings Bhd dibeli pelabur institusi asing, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz.

"Ini sudah berlaku. Ia dilancarkan dua minggu lalu dan pemegang saham institusi membeli saham ... dibeli sebahagian besar oleh pelabur asing," katanya kepada pemberita di luar Forum Khazanah Megatrends 2017, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zafrul tidak mendedahkan butiran pelabur asing itu.

Bulan lalu MUFG menjual kesemua 412 juta atau 4.56 peratus kepentingannya dalam CIMB Group, dilaporkan berjumlah RM2.56 bilion, sebahagian pelan induk strategik globalnya, yang meliputi semakan semula portfolio pelaburan sedia ada dalam syarikat sekutu.

Mengulas pengumuman Bank Negara Malaysia baru-baru ini berhubung pelaksanaan nisbah pembiayaan stabil bersih (NSFR), beliau berkata kumpulan itu sudah bersedia dengan kawal aturan baharu itu.

"Setiap negara mempunyai tempoh masa pelaksanaannya sendiri dan kami sebagai sebuah kumpulan, akan mematuhi kawal aturan negara itu.

"Saya jangkakan semua bank sudah bersedia," katanya.

NSFR, yang dijangkakan dilaksanakan seawal 1 Januari 2019, ialah langkah antarabangsa yang menggalakkan daya tahan jangka panjang sektor perbankan. - BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments