Polis tiada kuasa larang pesta arak

Image may contain: 1 person, drink

PUTRAJAYA: Polis hari ini menafikan pihaknya melarang Festival F&B Jerman yang dijadualkan berlangsung di Klang pada 12 dan 13 Oktober ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata wujud salah faham di kalangan banyak pihak berhubung isu festival itu.

“Kuasa meluluskan permit bukan di bawah polis, ia di bawah majlis daerah atau majlis perbandaran kawasan terlibat,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan 2017 hari ini.

Menurutnya, polis hanya menasihatkan supaya festival tersebut tidak diadakan di Klang berdasarkan maklumat risikan yang dikumpul.

Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, Mohamad Fuzi berkata, ada ancaman pengganas dan polis tidak akan membiarkan ia berlaku.

“Sebab kita (berdepan) ancaman yang betul dalam isu ini. Jadi kita tidak akan benarkan. Polis akan nasihatkan semua pihak yang terbabit,” katanya.

Sebelum ini, Fuzi dilaporkan berkata penganjuran acara seperti itu mengundang ancaman daripada gerakan ekstremis.

Polis juga tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadualkan berlangsung di sebuah pasar raya di Klang, 12 dan 13 Oktober ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mazelan Paijan berkata, festival yang dinamakan “Centro German F&B Party” itu menyediakan minuman keras yang mana arahan sudah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

“Pihak saya tidak membenarkan seperti mana arahan yang dikeluarkan timbalan perdana menteri baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments