Tabung darah jadi tumpuan

LAS VEGAS: Pusat derma darah, di sini mula dibanjiri orang ramai yang ingin menderma darah untuk membantu mangsa kejadian tembakan yang mengorbankan 59 orang dan mencederakan lebih 500 yang lain.

Seorang petugas tabung darah berkata, penderma datang dari dalam dan luar negara seperti Arizona dan California.

Lebih mengejutkan, ada antara penderma datang dari China, Jepun, Honduras, Venezuela, Brazil dan Switzerland.

Menurut penyelia penderma darah United Blood Services, Laura Alvarado, ada penderma datang dari Mexico kerana berpendapat ia adalah satu cara untuk membantu mangsa.

Pemandu Uber, Paul Hwangpo, berkata beliau membawa seorang penumpang dari Nova Scotia, Kanada, yang meminta untuk dihantar ke tabung darah berdekatan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang.

"Dia berbaris bersama dengan ratusan penderma lain yang menunggu giliran untuk menyumbang apa yang termampu. Itu adalah semangat perpaduan," katanya. - REUTERS



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments