Video: Datuk Farid Ridzuan ‘dikasari’ krew Ferrari?

KUALA LUMPUR – Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) 2017 yang diadakan selama tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam.

Menyaksikan pelumba dari pasukan Red Bull, Max Verstppen muncul pemandu termuda menjuarai Grand Prix Malaysia yang menjadi edisi terakhir dianjurkan selepas 19 tahun.

Bagaimanapun di media sosial, muncul pula satu rakaman ‘tak sengaja’ yang berjaya direkodkan ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sekitar SIC baru-baru ini.

Menerusi rakaman, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang pada ketika itu menjadi salah seorang pengiring Perdana Menteri ditolak oleh seseorang dari krew pasukan Scuderia Ferrari ketika berada di kawasan pit-stop.

Membuatkan beliau dilihat hampir terjatuh, ekoran ‘dikasari’ secara bersungguh dari krew berkenaan.

Mungkin caranya dilihat agak kasar, namun ia adalah demi memastikan tidak berlaku sebarang kecederaan kepada orang ramai yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Scuderia Ferrari merupakan pasukan utama dalam dunia F1 di mana jentera mereka dipandu oleh Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonnen. – MYNEWSHUB.CC

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments