LONDON: Bekas bos Wales, Chris Coleman dilantik sebagai pengurus baharu Sunderland dengan perjanjian dua tahun setengah, umum kelab Liga Kejuaraan itu sebentar tadi.
Pengendali berusia 47 tahun itu menggantikan Simon Grayson, yang dipecat oleh kelab itu bulan lalu selepas hanya 18 perlawanan.
"Kelab ini sudah melakukan proses yang menyeluruh sepanjang tiga minggu lalu untuk mengenal pasti pengurus terbaik dan Chris jelas sekali menjadi pilihan utama," kata ketua eksekutif Sunderland, Martin Bain.
"Kami gembira mengumumkan beliau dan Kit Symons sebagai penolong jurulatih, dan fokus kami kini untuk bekerjasama mengembalikan kelab ini ke landasan yang betul."
Coleman mengemudi Wales mara hingga ke pentas separuh akhir Euro 2016 dalam kejohanan utama pertama sejak 1958.Beliau meninggalkan tugasan itu selepas misi mereka untuk layak ke Piala Dunia 2018 di Russia gagal bulan lalu. - REUTERS
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments