Anugerah pingat gilap kesetiaan Nasir

IPOH: Pemain tengah Perak, Mohamad Nasir Basharuddin menganggap Anugerah Pingat Ahli Mahkota Perak (AMP) yang diterimanya daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah sempena hari keputeraan baginda sebagai penghargaan paling tinggi dalam kariernya.

Anugerah berkenaan mencetus semangat baharu buat Nasir untuk membalas kepercayaan dan penghormatan itu dengan terus berbakti kepada pasukan negeri asalnya pada musim 2018.

"Apa lagi yang saya mahu apabila sumbangan saya dihargai dan diberi penghormatan sebegini. Jadi tidak timbul soal memilih haluan berbeza walaupun memang mendapat tawaran lumayan dari pasukan lain," kata Nasir.

Menurut pemain tengah itu dia kini hanya menunggu untuk memuktamadkan rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

"Pada dasarnya saya bersetuju kekal di Perak. Cuma kini tunggu untuk tandatangan dokumen sahaja," katanya sekali gus menamatkan teka teki mengenai kedudukannya bersama Perak.

Sebelum ini pemain tengah itu dikatakan akan berhijrah selepas mendapat tawaran daripada pasukan lain.

Nasir bagaimanapun tidak mengetahui rakan sepasukan mana yang akan kekal bersama Perak musim hadapan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments