Pecah Rekod Dunia, Letak Straw Minuman Paling Banyak Di Dalam Mulut

Seorang lelaki dari Odisha, India telah mencatat Rekod Dunia Guinness dengan menyumbat 459 straw minuman di dalam mulutnya.

Manoj Kumar Maharana, 23, telah mengatasi pemegang rekod sebelum ini iaitu Simon Elmore dari Jerman yang berjaya menyumbat 400 straw minuman di dalam mulutnya.

Untuk memecahkan rekod tersebut, Manoj perlu memastikan straw minuman berada di dalam mulutnya lebih dari 10 saat tanpa satu pun yang jatuh.

Difahamkan, sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk mencatatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness.

 

Sumber

Previous PostPreviousNext PostNext

Post a Comment

0 Comments