Steven Seagal terpalit tuduhan gangguan seksual

NEW YORK: Bintang aksi Amerika Syarikat (AS), Steven Seagal menjadi individu Hollywood terbaru berdepan tuduhan gangguan seksual selepas Harvey Weinstgein dan Kevin Spacey.

Dakwaan itu didedahkan bekas pemegang watak dalam sitkom bersiri Ally McBeal, Portia de Rossi yang mengatakan pakar seni pertahanan diri itu melakukannya ketika sesi uji bakat untuk filem Seagal di pejabatnya.

"Dia memberitahu saya pentingnya 'keserasian' di luar penggambaran sambil duduk dan membuka zip seluarnya.

"Saya berlari keluar dan memanggil ejen saya. Tanpa reaksi terkejut, dia menjawab, 'saya tidak pasti sama ada dia cita rasa awak'," tulis de Rossi di Twitter.

Pendedahan de Rossi itu, disebar Degeneres semula di Twitter kepada lebih daripada 75 juta pengikutnya dengan menulis: "Saya bangga dengan pasangan saya".

Wakil Seagal tidak memberi sebarang komen segera berhubung kenyataan itu. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments