MARSEILLE: Patrice Evra menamatkan kariernya bersama Marseille hari ini selepas insiden sepakan karate terhadap penyokongnya sendiri, umum kelab gergasi Perancis itu.
Marseille berkata mereka dan pemain berusia 36 tahun itu bersetuju bahawa bekas pemain Manchester United dan pemain antarabangsa Perancis itu akan meninggalkan kelab itu secara "persetujuan bersama."
Sejurus sebelum itu, Evra diharamkan UEFA daripada menyertai semua kejohanan di Eropah sehingga 30 Jun, 2018 dan dikenakan denda 10,000 euro (RM48,867).
RAKAN sepasukan Evra cuba menenangkan pemain itu selepas beliau bertelagah dengan penyokong ketika sesi pemanas badan sebelum aksi Liga Europa di Stadium Guimaraes, baru-baru ini. - Foto AFP
PENYOKONG Marseille memegang kain rentang yang tertera 'Cintakan jersi Olympique de Marseille, Hormati penyokong dan bersikap profesional' selepas insiden tegang antara Evra dan penyokongnya, baru-baru ini. - Foto AFP
Evra dikritik secara meluas kerana menyerang penyokong Marseille yang berlaku ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan Liga Europa berdepan pasukan Portugal, Vitoria Guimaraes minggu lalu. - AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments