TalentCorp lancar dua inisiatif hadapi Industri 4.0

KUALA LUMPUR: Dua inisiatif baharu dilancarkan hari ini, bagi membantu menghadapi cabaran dan peluang daripada Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) berhubung struktur pekerjaan, lokasi dan tenaga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Shareen Shariza Abdul Ghani berkata, inisiatif pertama adalah platform modal insan peringkat nasional dikenali sebagai Nurturing Expert Talent (NEXT).

"Inisiatif yang kedua adalah laporan menggariskan lima syor utama bagi membolehkan tenaga kerja bersedia pada masa.

"Untuk berkembang maju, kita perlu menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, satu elemen penting yang akan menyokong keupayaan kita untuk berkembang maju bersama dengan masa depan pekerjaan.

"Demi mencapai matlamat pembangunan ekonomi negara, keupayaan tenaga kerja untuk menyesuaikan diri dan memenuhi permintaan yang meningkat terhadap kebolehan mahir yang berkualiti amat penting," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Persidangan Kerja, Tempat Kerja, Tenaga Kerja di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Persidangan selama sehari itu adalah anjuran TalentCorp dan dihadiri ramai ahli panel terkemuka tempatan dan antarabangsa.

Antaranya Ketua Pegawai Sumber Manusia Maybank, Nora Manaf, Ahli Lembaga Pemegang Amanah TalentCorp yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Datuk Seri Idris Jala, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.

Turut hadir sebagai ahli panel adalah Pengasas Bersama MIT Initiative on Digital Economy, Andrew McAfee, Ketua Negara Polisi Awam dan Kerajaan Linkedln India, Sehraj Singh dan Ketua Teknologi Seeing AI Microsoft, Saqib Shaikh.

INFO

Inisiatif pertama (NEXT)

- Platform analisis modal insan peringkat nasional yang mampu memperoleh dan menganalisis data berkaitan kualiti dan keupayaan tenaga kerja Malaysia bagi penuhi permintaan pasaran.

- Penghubung utama antara pendidikan, majikan dan kebolehpasaran.

- Menawarkan maklum balas membantu modal insan mengenalpasti kekuatan, minat dan pilihan kerjaya paling bersesuaian dengan set kemahiran mereka.

Inisiatif kedua

- Mewujudkan ekosistem modal insan yang mantap.

- Meningkatkan kemahiran dan keupayaan tenaga kerja.

- Pembaharuan dasar tenaga kerja dan modal insan.

- Menggunakan data untuk meningkatkan penyelarasan dasar modal insan.

- Membangunkan Pelan Tindakan Pekerjaan Masa Depan Kebangsaan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments