Rome: Gian Piero Ventura dipecat sebagai jurulatih Itali hari ini selepas juara dunia empat kali itu gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Russia.
Nasib jurulatih veteran itu terjawab selepas berlangsungnya mesyuarat Persekutuan Bolasepak Itali (FISC) di Rome.
Pengendali berusia 69 tahun itu sebelum ini enggan meletak jawatan di sebalik kekalahan 0-1 secara agregat kepada Sweden pada perlawanan playoff
Isnin lalu yang sekali gus menyaksikan Itali gagal meraih tiket ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun. - AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments